Assalamualaikum
Jawatan Kosong

Diperlukan Segera
Pengasuh Taska
Taska Baitus Sakinah, Taman Mewah, Batu Gajah

Kriteria
Wanita
Berumur antara  26 Tahun  Hingga 45 Tahun
Penyayang dan Penyabar
Kerja Tetap
Bersedia untuk dihantar ke kursus selama 3 minggu

Hubungi Segera : 013-5099761 (syuhada)



Assalamualaikum.

Urgent! : Admin Nisa' Batu Gajah ingin memohon agar semua yang telah menghubungi Nisa Batu Gajah Untuk menjadi Ahli Nisa' agar dapat MENGHUBUNGI SEMULA Ketua Nisa Batu Gajah segera di talian 014-8676480. Terima Kasih.
Assalamualaikum

Nisa Batu Gajah ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua. Marilah sama-sama kita menghayati erti pengorbanan ! ^_^


~Wasalam~

Assalamualaikum..

Semua Remaja Perempuan yang berkelapangan dijemput hadir ke Program Training Training Of Trainers yang akan diadakan pada 12 November ini. Bagi mana2 yang tinggal di kawasan Batu Gajah & mempunyai masalah pengangkutan, boleh berhubung terus dengan Ketua Nisa Batu Gajah di talian 014-8676480. Terima Kasih :)


"Proffesional Muslimah yang Solehah"

Assalamualaikum Semua.

InsyaAllah, pada 17 September ini, Nisa' Batu Gajah bersama-sama dengan NGO Baitus Sakinah akan menganjurkan program Ladies Day. Macam-macam aktiviti menarik untuk semua. Penyertaan Free. Menang dapat hadiah! Lihat Banner untuk keterangan lanjut. JOM HADIR RAMAI-RAMAI!!!

Click Gambar untuk paparan yang lebih jelas..

Sebarang pertanyaan, hubungi 014-8676480



Assalamualaikum semua pembaca..


PELUANG KEEMASAN buat mereka yang masih menganggur atau mahu menukar profesyen kerja..

JAWATAN KOSONG : PENGASUH TASKA.
Tempat : BATU GAJAH.
Syarat :Perempuan. Beragama Islam. Berumur 18 Tahun Ke Atas. Penyayang.
Wajib Hadiri Kursus Selama 1 Bulan bermula 17Sept-15Oct 2011.
Yuran Kursus ditanggung oleh pihak kami.
Berminat? Hubungi 014-8676480.
DIPERLUKAN SEGERA!!
^_^ ..Nisa'digalakkan memohon.. ^_^


Post yg di ambil dr blog ustaz hasrizal...

“Kau dah siap ke? Jom la ke kelas”Saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas. Sebaik sahajakami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TVPendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuahnursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringisebuah piano, menyanyikan lagu berikut:

"Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam…"

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut. Kanak-kanaksemuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.




Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalamingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkandi mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan nasyid mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwaitu berlaku (1996).Sesungguhnya gambar-gambar di atas adalah ’surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar 'mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpalmereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi inimengucapkan ’salam’ kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin.Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan dikawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.

Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kitasetuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.


Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arabdan Islam!Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.


Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.


Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?


Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.


Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.


Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.


Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.


Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.


Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?


Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.


Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?


Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!


Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.


Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.


Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.


Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.


Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.


Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.


Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.


Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.


Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:


“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]


Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.


Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?


Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Cheras, 14 Ogos 2006

Post Source: www.saifulislam.com

... Selamat Hari Guru ...

Semoga jasa kalian dinilai sebagai amal kebajikan & memberatkan neraca timbangan pahala di akhirat kelak..



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Semua Sahabat & Pembaca blog nie..

Post kali ni ditujukan khas buat diri yang bergelar anak. Moga kita kan dapat pengajaran disebalik kisah ini. Selamat Membaca & terkesan dengan pembacaan anda....

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.


Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.

"Pesanan: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya...

"Saya Sayang Ibu"


" Sabda Nabi Muhammad SAW. ketika ditanya salah seorang sahabat, “Wahai Rasulullah siapa orang yang pertama kali harus aku hormati?”. Nabi mejawab, “Ibumu”. Lantas sahabat bertanya lagi, “Lalu siapa lagi wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Ibumu”. Untuk ketiga kalinya sahabat bertanya lagi, “Lalu siapa lagi?”. Beliau menjawab dengan jawaban yang sama, “Ibumu”. Pada keempat kalinya sahabat bertanya, “Lalu siapa lagi?”. Nabi menjawab, “Ayahmu”.

Assalamualaikum Semua...

Dengan penuh hormat & berbesar hati, kami ingin menjemput semua untuk hadir Ke Program Beauty In You anjuran Nisa' Perak yang akan diadakan pada tarikh seperti Berikut :-

Tarikh : 19 Mac 2011 ( Sabtu )
Masa : 10 pag - 6 ptg
Tempat : Dewan Seruan Islam, Ipoh



Bermacam-macam aktiviti yg akan dijalankan khusus untu Remaja Perempuan..

Slot Kesihatan : Kanser Serviks & Kanser Payudara ( Dr Maizun )
Slot Personaliti: Anggun, Bijak , Solehah ( Waheeda Wasini )
Slot Demo Facial
Cabutan Bertuah
Gerai Jualan
Dan Bermacam-macam Lagi..

Yang Penting...
MASUK ADALAH PERCUMA!!!

Ayuh! Ajak kawan2, kakak, adik & saudara mara ke sana!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum & Salam Ukhwah buat semua..
Perkongsian kali ni adalah untuk kita semua yang secara fitrahnya melakukan aktiviti tidur hampir setiap hari..



Diriwayatkan daripada Barra bin ‘Azib r.a:


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.

“Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid.

Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.


Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri


Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaikTidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

..Tidurlah dengan sihat agar diri terjaga dan kita dapat melakukan ibadah kepadaNya..

:)

This simple poem is especially dedicated to...

My Love...

If i wrote u a symphony..
Just to say how much YOU mean to me..
i know..it still cant compare YOUR love to me..

i never really knew YOU..i really never meet You..
But when i got to know You, i let my heart unbend.

i love You more than anyone!
just had to let You know

And if You ever wonder why
i don't know what I'll say

But i'll never stop loving You
each and every day

my feelings for You will never change
my feelings are true

When i think of You,Tears fill my eyes.
You were so close to me, i counted on you every day.

My words can never give You enough honor.
Neither can truly describe Your splendid self.

i cannot do anything that shows how much i really miss for You.
There is nothing on Earth that great.

i treasure You in my heart,
But my mind is poor at translating.

i feel like a fool trying to express my heart,
i never can find the words that are fitting.

This soul that lives within Your heart,
no distance can prevail,
an inner spark, within the heart, becomes a Jihad,

The Birthday of our beloved..Prophet Muhammad SAW..12 Rabiul'Awal..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & Salam Ukhwah buat semua..

Post kali ini akan menyingkap sejarah silam dengan memaparkan kisah seorang Srikandi Islam yg amat berani & istimewa. Semangat jihad yang tinggi dalam dirinya ttdak sedikit pun menggentarkan naluri muslimah dalam dirinya. Mari kita hayati bersama & semoga membuka pintu hati semua jiwa muda kita untuk berjihad sepertinya hanya untuk membela agama yang tercinta ini..

Dialah Sumayyah binti Khiyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughirah. Hidupnya sebatang kara dan beliau bernikah dengan Yasir seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekah kerana pada masa itu tidak ada kabilah yang dapat membelanya, menolongnya dan mencegah kezaliman atas dirinya. Hasil pernikahannya itu lahirlah anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah.


Tatkala Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki, beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w. kepada beliau. Akhirnya, berfikirlah Ammar bin Yasir sebagaimana berfikirnya penduduk Mekah. Kerana kesungguhan dalam berfikir dan fitrahnya yang lurus maka masuklah beliau ke dalam agama Islam. Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dan menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah s.a.w. kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh barakah itu dan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.

Dari sinilah bermulanya sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam. Sejarah Islam telah memaparkan bahawa hampir semua orang yang masuk Islam di peringkat awal telah menerima seksaan dari orang-orang kafir Quraisy. Berbagai cara yang telah dilakukan orang-orang kafir Quraisy untuk melemahkan semangat Islam pada jiwa pengikut Muhammad s.a.w. termasuklah menyeksanya dengan kejam. Namun demikian, usaha mereka gagal dan tidak dapat menawan hati orang-orang Islam. Antara mereka yang menerima seksaan hebat itu ialah Sumayyah, ibu Ammar bin Yasir.

Ia adalah seorang yang sangat tabah dan cekal dalam mengharungi sebarang ujian. Keimanannya tidak pernah luntur sekalipun ia banyak menerima ancaman dan penyeksaan dari Abu Jahal. Suatu ketika Abu Jahal menyedari bahawa seorang demi seorang hambanya telah memeluk Islam. Ia merasa sangat marah lalu mengambil tindakan keras terhadap mereka lantas Bani Makhzum segera menangkap Sumayyah dan suaminya serta dua orang anaknya Ammar dan Ubaidullah telah ditangkap. Tangan dan kaki mereka telah diikat dengan tali sehingga tidak mampu untuk melepaskan diri.

Abu Jahal berusaha memaksa Sumayyah dan keluarganya supaya meninggalkan ajaran nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal berkata dengan keras, "Celaka kamu semua, Muhammad itu adalah seorang gila, mengapa kamu mengikut ajarannya? Jika kamu mahu selamat. kembalilah kepada agama nenek moyang kita".

Oleh kerana Yasir, Sumayyah dan anak-anak mereka masih setia dengan Islam, Abu Jahal mengambil keputusan untuk melakukan deraan. Mereka semua telah dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang panas di simbah kepanasan matahari, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan. Ketika itu Sumayyah menyaksikan sendiri bagaimana nasib yang menimpa ke atas keluarganya. Dia terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t.

Abu Jahal semakin meradang kerana keteguhan hati wanita ini, kekuatan imannya dan kekukuhannya berpegang kepada akidahnya. Maka dari itu dia pun meningkatkan keseksaannya. Mula-mula Sumayyah menyaksikan suaminya, Yasir disebat dengan cemeti. Kemudian ia dipanggang di atas bara api sehingga dagingnya melecur. Bau kulit terbakar menusuk hidung. Yasir tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Sumayyah melihat kejadian itu dengan hati yang sabar dan tenang. Kedua-dua orang anaknya berpelukan sambil menangis kerana kesedihan.

Kemudian Sumayyah melihat sendiri bagaimana giliran anaknya Ubaidullah menerima seksaan. Ubaidullah diangkat ke atas pemanggang api yang sedang menyala-nyala. Tubuhnya terbakar sehingga hangus, dia mati dengan wajah yang berseri-seri. Abu Jahal sedang dalam kemarahan kerana keluarga Sumayyah masih enggan meninggalkan agama Muhammad s.a.w. Sebagai seorang ibu, Sumayyah tetap merasa sedih dengan kejadian itu tetapi dia berdoa agar Allah s.w.t. memberikan balasan yang baik kepada keluarganya.

Sumayyah menerima hukuman dari Abu Jahal dengan hati yang tenang. Dia diangkat ke atas tempat pemanggang api, kemudian diturunkan semula. Abu Jahal berkata, "Jika engkau mahu keluar dari agamamu, aku akan lepaskan Ammar." Lantas Sumayyah berkata dengan tenang kepada Abu Jahal "Ammar tahu tanggungjawapnya terhadap Tuhan, sebagaimana aku tahu tanggungjawapku terhadap Tuhanku. Oleh itu, aku tidak ada kaitan dengannya."

Dengan hati yang marah, Abu Jahal dan para pengikutnya telah mendera Sumayyah dengan keras. Sumayyah telah dijemur di tengah padang pasir yang panas, dia dibiarkan di bawah pancaran matahari yang sangat terik. Tubuhnya telah ditusuk dengan sebatang tombak yang tajam. Akhirnya Sumayyah menemui ajalnya dengan keimanan yang suci.
Sungguh mulia kedudukan Sumayyah di sisi Tuhannya. Rasulullah s.a.w. yang menyaksikan peristiwa tersebut ada menyatakan, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir! kerana tempat yang dijanjikan untukmu adalah syurga."
Abu Jahal telah membunuh Sumayyah kerana dia menolak untuk tunduk kecuali kepada Allah semata-mata.

Firman-Nya :
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (Al-Buruj : 8).

Begitulah semangat dan keberanian Sumayyah ketika menghadapi ujian yang paling berat. Ia bukan sahaja wanita yang hebat dengan ketabahannya, bahkan tercatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Dialah wanita terulung mati syahid dalam Islam. Dengan keimanannya, Sumayyah berani menghadapi golongan manusia yang paling zalim sebaris dengan Fir'aun. Gambaran wanita cemerlang inilah yang harus dimiliki oleh kelompok orang-orang yang beriman dalam menghadapi pihak yang zalim.

Bandingkan ketabahan Sumayyah dalam menghadapi tentangan dari kaumnya sendiri dengan situasi semasa di tanah air kita Malaysia.. Kini, seorang Mujahidah sedang berjuang di Tenang. Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya dalam menghadapi kritikan dan tentangan dari musuh agama sendiri..

~Wasalam~


~Assalamualaikum & Salam Ukhwah~

..Nisa' Batu Gajah dengan rasa syukur ingin mengucapkan..

"Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Saudari Syuhada, Nisa' Batu Gajah. Semoga usiamu diberkati dan dapat diinfakkan untuk perjuangan menegakkan Agama Islam yang dicintai ini.." :)




~ Wasalam ~

Assalamualaikum buat semua..

Topik minggu ni khas dihadiahkan buat tatapan diri-diri yang bergelar muslimah...
Buat diri yang bergelar muslimin, hadiahkanlah tulisan ini buat insan muslimah disekelilingmu..=)

Bulu kening

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki (tumit kaki)

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."An-Nur: 31.Keterangan:Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Wangian

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

Dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

Gigi

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."Riwayat At-Thabrani,"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".Riwayat Bukhari dan Muslim

Muka dan Tangan

"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."An Nur : 31.Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."Al Ahzab: 32.Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "An Nur : 31."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."Al Ahzab : 59.

Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."Riwayat Bukhari dan Muslim.

Jadikan panduan hidupmu wahai sahabiahku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua..

Jika Muslimin terkenal dengan UNIT AMAL nya.. kini Muslimat mara bergerak setapak kehadapan dengan tercetusnya 'BRIGET MUSLIMAT'.. wadah penggerak srikandi muda di medan perjuangan. Dilancarkan pada 9 Okt 2010 jam 5 petang bertempat di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Bin Awang.


Kehebatan peserta Briget Muslimat yang hadir sehebat namanya. Namun, keanggunan dan kebijaksanaan tetap disemat dijiwa setiap briget. Hampir 300 peserta dari seluruh Malaysia termasuk dari Borneo hadir bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah kepada Pelancaran Briget Muslimat ini.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Ketua Muslimat, ustazah Nuridah, dan Pengarah Nisa' Malaysia, Dr Rosni.

Liputan yang meluas turut diberikan oleh para wartawan dari akhbar-akhbar ternama di Malaysia. Penjelasan yang diberikan oleh Tuan Guru Hj Hadi jelas memberikan gambaran yang jelas serta kefahaman kepada semua yang hadir tentang tujuan sebenar penubuhan Briget Muslimat.

Dengan mengambil warna tema Hijau Muda, semua muslimat muda berumur 21 tahun ke atas yang sememangnya memberikan sokongan padu kepada gerakan Islam boleh menyertai Briget Muslimat. Identiti Briget Muslimat boleh dikenali dengan tudung serta kain/seluar hitam dan berbaju hijau muda@hijau epal.

Barisan kontinjen Nisa' Perak yang ceria

Gabungan Nisa' Serdang, Nisa' Pasir Salak & Nisa' Batu Gajah

Program penerangan susulan di setiap negeri akan dijalankan bagi memberikan lebih kefahaman kepada masyarakat.

Bekas Pelajar Universiti Malaysia Sabah berkesempatan berjumpa di Majlis tersebut
Dari Kiri:Shila(Nisa'Serdang),Maziah(Nisa'Batu Gajah),Rohaya & Shalina(Nisa'Pasir Salak)

Nisa' Batu Gajah yang turut menyertai rombongan Nisa' Perak turut memberikan sokongan atas Penubuhan Briget Muslimat ini.

Rombongan Nisa' Batu Gajah & Nisa' Pasir Salak berkumpul di Stesen keretapi Batu Gajah seawal jam 4 pagi.


Semoga dengan penubuhan Briget Muslimat ini, sokongan padu dari golongan muda muslimat dapat diraih seterusnya memberi kemenangan kepada Islam.

~Wasalam~

Bisamillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum WBT buat semua pembaca...

Alhamdulillah..seperti saban tahun, pada tahun 1431H ini, Pas Kawasan Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Raya Peringkat Kawasan Batu Gajah. Majlis diadakan pada 8 Okt 2010, hari Jumaat di perkarangan Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah. Nisa' selaku tenaga penggerak muda Muslimat turut berkesempatan menyumbangkan tenaga menghiias khemah, melayan tetamu serta memeriahkan Majlis Jamuan Raya Tersebut.

Antara tetamu yang hadir

Sambutan hangat dari masyarakat setempat

Pelbagai juadah yang menyelerakan

Sebahagian tetamu muslimin

Sambutan hangat dari masyarakat setempat pada malam tersebut sememangnya diluar jangkaan pihak penganjur. Masyarakat dari pelbagai bangsa termasuk Cina & India serta berbeza latar usia turut menyerikan Jamuan Raya pada malam tersebut. Keriuhan suara kanak-kanak kecil turut menambah keceriaan sambutan Hari Raya pada malam itu.

Kanak-kanak turut menceriakan majlis pada malam itu

Sebahagian adik2 KRI yang turut hadir

Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya, juadah terlaris iaitu Sate. Terdapat juga juadah lain seperti Bihun Sup, Lemang, Nasi, Lauk pauk, Rendang, Keropok Lekor ,Kuih Muih yang pelbagai serta buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.

Kemeriahan jamuan raya pada malam itu turut diceriakan dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik termasuk kereta control. Jelas kelihatan keceriaan di wajah setiap hadirin pada malam itu.

Sebahagian Nisa' Batu Gajah & Nisa' Pasir Salak

Nisa' batu gajah membantu melayan tetamu yang hadir

Buat sahabat Nisa' Pasir Salak@Kampung Gajah yang telah sudi menerima jemputan & membantu kami, terima kasih diucapkan. Moga ukhwah kita berkekalan.

Sdr Shalina & Rohaya dr Nisa' Pasir Salak yang turut hadir membantu melayan tetamu

Seusai majlis, semua Nisa' bersama-sama menjamu selera dan menikmati nikmat ukhwah yang sememangnya manis..

Kami makan seusai majlis.
Dr kiri :- Rohaya,Syikin,Shalina,Ana,Syuhada dan Maziah

Akhirnya, Nisa' Batu Gajah ingin merakamkan ucapan Tahniah & Syabas buat semua warga kerja yang telah bertungkus lumus memasak & mengemas tapak pada malam itu. Sememangnya sambutan pada malam itu membuktikan Pas semangnya berada di hati masyarakat dan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi. Teruskan bersama kepimpinan Islam. :)

..Wassalam..


Assalamualaikum buat semua..

Sukacita, anda semu
a dijemput untuk menghadiri Jamuan Raya 2010 yang turut dijayakan oleh Nisa' Batu Gajah seperti butiran yang berikut :-



~ Semoga dengan kehadiran anda akan mengeratkan lagi ukhwah antara kita tak kira bagi yang telah pernah bersua, belum pernah bersua atau yang sewaktu dengannya.. Jom datang beramai-ramai !!! :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & Salam Syawal buat semua...

Alhamdulillah, siang tadi telah selesai Majlis Perkahwinan Sdri Nur Asyikin, salah seorang Nisa' Batu Gajah dengan Sdr Hasbullah yg berasal dr Kedah. Majlis berlangsung dikediaman keluarga Sdri Nur Asyikin di Taman Bemban Raya, Batu Gajah.

Pengantin yg dirai : Sdr Hasbullah & Sdri Nur Asyikin

Ketibaan Pengantin Lelaki

Sdri Asyikin tersenyum manis di hari bahagianya

Di Bilik Peraduan yg serba indah

Majlis yg serba meriah tadi turut diserikan dengan kehadiran sahabat-sahabat Nisa' Batu Gajah yg lain. Beberapa org Nisa' Pasir Salak & Nisa' Tambun juga hadir meraikan pengantin.

Hadiah dari kami Nisa' Batu Gajah, Set Periuk. Supaya setiap kali Kak Syikin nak masak, ingat kami :)













Kami bersama hadiah yg sudah dibalut.


Sebahagian hadiah. Sebelum jam 1pm


YDP Pas Batu Gajah sekeluarga turut hadir. Tidak ketinggalan Setiausaha Kawasan & beberapa adik-adik Remaja Intelek (KRI). Terima Kasih buat semua tetamu yang hadir..

Adik Kem Remaja Intelek bersama isteri YDP Batu Gajah & adiknya turut hadir

Kami dari Nisa' Batu Gajah ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Kak Syikin tersayang. Semoga menjadi isteri yg solehah & mithali. Walau kemanapun haluan akak & suami selepas ini, jangan lupakan kami tau.. Buat sdr Hasbullah, semoga dapat mendidik & menjaga Kak Syikin dengan sebaiknya.. :)


Akhir kalam, Salam kebahagiaan buat Kak Syikin dari kami, Nisa' Batu Gajah. Wassalamualaikum..

Sdri Nadzirah & Sdri Maziah



~ Salam Syawal Buat Semua ~